Sunday, 18 February 2018
Dikenakan Kompaun
KUANTAN: Lima peniaga durian di negeri ini dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang kerana mengguna dan memiliki alat penimbang yang tidak diperakui atau disahkan serta tidak meletakkan tanda harga.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.
"Kesemua peniaga berkenaan dikenakan tindakan dalam pemeriksaan yang dilaksanakan sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.
"Empat daripada kes berkenaan disiasat di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan satu kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya pada sidang media selepas mengadakan 'walkabout' sempena Ops Serambi Teruntum di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Alwi Abdul Hamid.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga, kesemua peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM200 setiap seorang.
"Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memfokuskan pemeriksaan terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara dan bermusim.
"Selain itu, operasi ini dapat memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan, dan supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan.
"Kita akan laksanakan pemeriksaan ini secara berterusan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengatasi masalah bluescreen
7 Cara Mengatasi Blue Screen Windows 7 Pada Laptop dan PC Salah satu masalah yang sering timbul untuk pengguna windows ialah Skrin Biru. S...
-
Ciri Power Supply Komputer Rosak, dan Bagaimana Mengatasinya power supply yang rosak Kerosakan pada perangkat elektronik termasuk k...
-
hasil kerja pelajar Membuat Pemasangan Kabel UTP CAT 5E Pada Wall Plate Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja ama...
-
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Gara-gara mahu meloloskan diri daripada sekatan trafik, beberapa penunggang motosikal bertindak melawan arus sehi...
No comments:
Post a Comment