Sunday, 18 February 2018

Stadium Shah Alam

KEDAH VS JDT

Menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017

Saya dan rakan rakan yang lain seramai 5 orang pergi ke Stadium Shah Alam. Kami bertolak ke Shah Alam pada jam 2pagi sebelum hari perlawanan berlangsung . Kami selamat sampai ke Shah Alam pada jam 7pagi . Kelihatan penyokong masing masing memakai jersi negeri masing masing .

Kami bergerak ke stadium dari masjid jam 5petang ketika itu stadium begitu meriah .
Masing masing sibuk bergambar di hadapan stadium . Banyak gerai makanan , jersi dan pelbagai lagi di buka di sana .

Kami mulamasuk ke dalam stadium jam 7 malam . Suasana ketika masuk itu amat sesak sekali . Orang ramai berebut rebut untuk masuk ke dalam .

Sejam sebelum perlawanan berlangsung kami diberi peluang menyaksikan persembahan nyanyian dari penyanyi tempatan antaranya Black Hanifah dan beberapa penyanyi lain lagi .

Tepat jam 9 malam perlawanan antara Kedah dan Johor Darul Takzim pun berlangsung . Perlawan sungguh mendebarkan . Kedua dua pasukan saling berbalas serangan .

Rezeki tidak menyebelahi pasukan Kedah .Kedah tewas dg jaringan 0-2 . Gol JDT dijaringkan oleh Aidil Zafuan dan Cabreara .

Kami pulang ke Kedah selepas tamat perlawanan . Perjalan pulang kami selamat , cuma malangnya kami disaman kerana had laju berlebihan .

No comments:

Post a Comment

Mengatasi masalah bluescreen

7 Cara Mengatasi Blue Screen Windows 7 Pada Laptop dan PC Salah satu masalah yang sering timbul untuk pengguna windows ialah Skrin Biru. S...