PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perkembangan teknologi maklumat(IT)sering diperkatakan di dunia hari ini. Isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan pastinya cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi, ekonomi, peradaban manusia, pendidikan dan kemasyarakatan.
Malah di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya. Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer (jargon) sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet, cybercafe dan sebagainya.
Namun demikian, penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti.
Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur di kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti, maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat.
Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.
Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharunya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah masih kurang jelas dikalangan masyarakat Islam itu sendiri.
Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer, bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisisan, penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber, rangkaian komputer, penyelidikan teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh bukan Islam.Teknologi memang boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi, politik serta peradaban manusia.
Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat, unsur-unsur penyelewengan aqidah, penentangan syariah Islam, penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi, perjudian secara online, pornografi dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengatasi masalah bluescreen
7 Cara Mengatasi Blue Screen Windows 7 Pada Laptop dan PC Salah satu masalah yang sering timbul untuk pengguna windows ialah Skrin Biru. S...
-
Ciri Power Supply Komputer Rosak, dan Bagaimana Mengatasinya power supply yang rosak Kerosakan pada perangkat elektronik termasuk k...
-
hasil kerja pelajar Membuat Pemasangan Kabel UTP CAT 5E Pada Wall Plate Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja ama...
-
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Gara-gara mahu meloloskan diri daripada sekatan trafik, beberapa penunggang motosikal bertindak melawan arus sehi...
No comments:
Post a Comment